Main ngelat okmo! Dok aci ah gining!

Posted by orang-orang On Saturday, September 25, 2010 2 ugutan

Alkisah bermula tatkala sinaran matahari semakin hilang di ufuk barat.

"weh..ade roba dop?" seruku kepada sang romate.

tanpa menyahut seruan ku, dia terus membaling benda yang ku kehendaki tersebut. Lontaran padu darinya persis seorang pitcher itu ku sambut dengan muka yang sedikit berkerut. Lantas ku mengutuskan senyuman kepadanya.

Roba
Secara tak langsung benda yang dilontarkannya itu telah menggamit kenangan silam yang membawa aku ke saat aku masih bersekolah rendah.

Lawan Roba. permainan yang setaraf serta sezaman dengan permainan guli, ting ting, konda kondi, bola katok serta te ngejor...heh. Uniknya permainan ini, ia boleh dimainkan didalam kelas berbeza dengan permainan-permainan tadi. Permainan seperti te ngejor juga boleh dimainkan di dalam kelas, akan tetapi kegiatan ini dikategorikan sebagai kegiatan haram dan boleh menarik perhatian guru-guru yang mungkin mengajar atau diajar bersebelahan.

Disebabkan sifat permainan ini yang fleksibel, ia terpilih sebagai salah satu permainan dalam kelas. Biasanya dimainkan ketika waktu pertukaran shif cikgu.

Peraturannya mudah, anda cuma perlu menggerakkan roba anda dengan menekan, menerbalik atau menggolekan dengan tujuan untuk menindih roda pihak satu lagi. Permainan ini menggunakan sistem turn base strategy dimana setiap perserta mempunyai giliran masing-masing untuk menggerakkan roba.

Antara roba yang popular dulu


Juara ditentukan melalui jumlah tindihan/hempapan yang berjaya dilakukan dalam tempoh masa yang tertentu(biasanya dimulakan selepas cikgu keluar dan ending pointnya adalah ketika cikgu lain masok).

Budak yang kalah akan dirampas robanya dan kemungkinan untuk setiap game itu berakhir dengan air mata amat rendah kerana biasanya sesebuah game itu mungkin berakhir dengan adegan gelar-gelaran kemudian barulah babak air mata bermula.

"natangggggg!!!! base spanar(merujuk kepada bapak yang bekerja sebgai mekanik), wak mari balik roba aku natang!"

"hahaha..bodo, kaloh kaloh ah,balik umoh wak parang nuh(jikalau bapaknya seorang pembuat parang),balik kemboja(combo jika beliau anak kemboja..haha) tak mboh!" antara ungkapan yang sering digunakan.

Da king of Erasers biasanya diperolehi oleh mereka yang mendapat rampasan terbanyak. Biasanya akan terdapat seseorang yang begitu meinginkan gelaran king tersebut lalu membuat untuk membeli roba secara borong di mydin. Kegiatan ini biasanya mudah dikesan kerana perbezaan roba baru dan roba lama amatlah ketara.

kurang mendapat sambutan.

Ya. aku tau entri ni macam bangang. Terima kasih.

2 ugutan:

AL Patu said...

haha penah gak maen menan haram nih time comel2 dlu

orang-orang said...

member aku pernah cipat skill maen benda ni

"one shot one kill" katanya.