Entri Serius : Batu Petir!

Posted by orang-orang On Friday, September 24, 2010 3 ugutan

Ok. aku terpanggil untuk menulis pasal ni sebab aku rasa macam nak menulis la. Lagipun nama 'batu petir' tu pon dah macam gempak je kan? kan? :D <--letak ni bagi nampak kiut.

Batu Petir. batu ini dikategorikan sebagai barang mistik disebabkan ke'rare'an dia. batu ni memang susah didapati. Sesuai dengan namanya, batu petir dikatakan berasal dari panahan petir dimana pada hujung setiap petir itu terdapat sebijik batu. Dikatakan lagi batu petir mempunyai bentuk yang sempurna sebagai contoh, rujuk entri ini.

Ada sesetengah pendapat mengatakan, peluang untuk kita menjumpai batu petir itu adalah teramat tipis kerana malaikat akan mengambil kembali batu tersebut untuk lontran seterusnya. tetapi ini hanya pendapat ye. Aku pernah baca ni kat mana tah. Batu pelir dikatakan lagi sebagai batu dari neraka yang digunakan untuk merejam setan.

Dek kerana kehebatan batu ini serta proses kejadiannya yang unik (dari panahan petir woo), adalah tidak mustahil batu ini diakaui mempunyai pelbagai kebolehan. Disebabkan ke'rare'anya jugalah batu ini mempunyai nilai yang tinggi serta tak logik bagi sibijik batu.

Batu ini popular dikalangan penjual emas kerana batu ini akan mengeluarkan petir apabila diletakkan berhampiran emas tulen. Mungkin lagi tulen emas tersebut, lagi terang lah petir yang dihasilakn. petir disini bukan bermaksud petir yang kuat la lahanat. ni kira macam petir versi kecik je. ala-ala loncatan electron camtu lah.




Haa. ni dia gamba batu asah keris. Menurut sumber, batu asah ni adalah batu petir. ok. so betol lah tekaan aku, kita memang boleh imbue weapon kita dengan elemen kilat. haha.

Selain itu, penggunaan batu petir tidak terhad kepada senjatan dan pakain (lebih-lebih pulak). batu petir dikatakan boleh dijadikan perhiasan. Sesetengah manusia akan meng'alter' batu ini ke bentuk pertama yang boleh dijadikan cincin. sang pemakainya pula dikatakan akan mempunyai sifat-sifat kilat itu sendiri seperti laju dan kuat.

Ok. ni dalam kepala aku.

speed +10
strength +10

cool!

ntah btol ke tidak benda ni wallahualam. Tapi aku rasa kalau jadi laju dengan kuat tu placebo je.
Batu petir ni boleh juga digunakan untuk menghalau makhluk halus, mengikut pengakuan sesetengah pemilik la. Kalau aku ada batu ni, aku nak letak dekat member-member aku yang setan-setan sikit, yang liat bayar hutang, yang ada hati nak jadi bapak ayam, biar rentung diorang kena bakar. serius cool camtu.

Aku juga ada jumpa ni

Fulgurites : Fossil Lighting
 Fulgurites. bukan syiling tu la shial. Batu Petir versi barat. Batu ini terbentuk kerana pendedahan kepada suhu yang sangat tinggi ketika batu biasa disambar kilat. Tenaga yang dihasilkan oleh panahan petir is fuckin awesome dude. around 300 kWh which is enough to light a house for a week.Well it should be full of energy sebab nak panah setan kan.


"Kenapa batu petir versi barat lain kalau nak dibandingkan dengan asia tenggara punya?"

Oh. sebab manusia sekarang suka cakap tipu kot. tak pun nak jadi femes punya pasal batu sungai pun ditalanya batu petir. so pendek kata, kalau orang yang cakap tu menipu, aku da tipu korang la ni. padan muka.

Rasa menyesal pulak tulis pasal ni.ceh. Dah la panjang, merapu pulak tu. gampang.

3 ugutan:

- koroe - said...

batu pelir..ehh..typo plak..batu petir..

sgt ilmiah dan informatif.you're da man dude..

orang-orang said...

and you're da woman dude.

realiti&fantasi said...

bro...line 9 tu typing error..boleh bwk mksud len tu..hahaha