Sebelum ini saya sentiasa menghadapi masalah kewangan sehinggakan terpaksa meminjam daripada sanak saudara, kala syawal tiba, bayangkan orang laen beraya saya pula terpaksa menyamar menjadi budak-budak untuk mengutip duit raya.


Kesempitan hidup mendorong saya untuk melakukan pelbagai kerja bagi menampung keluarga memandangkan saya anak sulung dalam keluarga. Ayah dan emak cuma mengambil upah menjahit baju.


Atas desakan rakan-rakan saya akhirnya membuat akaun mukabuku selepas habis spm. Lalu saya pon terjumpa skim ini.




KOREK HIDUNG DAPAT 100 (KHD100)




Terima kasih KHD100 kerana mengubah hidup saya. Lupakan keletihnan mencari downline, kecibaian kena closing serta janji-jani palsu skim2 cepat kaya yang laen, kini saya mampu memiliki setiap model motosikal yang saya mahu serta kereta yang saya idamkan selama ini.


Ibu bapa saya kini amat berbangga dengan saya. Mana tidaknya, kalau dahulu kami tiada rumah, malah kami hanya mempunyai sebuah pondok kecil yang tiada bekalan air mahupun elektrik. Tetapi kini saya telah membuat sebuah istana berlian ditepi pondok usang tersebut. Ibubapa saya sekarang boleh memilih air apa yang mahu digunakan untuk mandi. Baru-baru ni mak mandi pakai air nyior. Sejuk katanya.


Tidak dilupakan kepada jiran-jiran terdekat yang selalu membantu kami sepanjang waktu kami susah. Diharapkan seguni berlian yang saya kirimkan itu cukup untuk anda. Kalau tidak boleh mintak lagi, tiada masalah :D.


Saya dah berjaya. Anda bila lagi?










2 ugutan:

- koroe - said...

shaye mampu membeli spender jenama ferrari yg sgt rare di pasaran..thanx to khd100

- koroe - said...

o0h ya..pertamaxx