No Thanks!

Posted by orang-orang On Monday, October 18, 2010 4 ugutan

Hari raya ke-2. September 2010

Plan untuk beraya pada hari itu telah diusulkan lebih sebulan yang lalu dimana ketika umat islam seluruh dunia sedang bersiap-siap untuk menjalani ibadah puasa. Kawasan-kawasan strategik yang mungkin dan akan dilawati juga telah siap diwartakan. Persoalan yang selama ini berlegar difikiran tentang apa gunanya aku belajar algebra akhirnya terungkai setelah melihat tanda-tanda 'X' diatas peta.

Dipagi yang indah itu, seawal selepas subuh, aku diberi tugasan untuk menyiat ayam menjadi cebisan-cebisan yang mana cebis-cebissan itu bukanlah digunakan untuk membuat berger ataupun dijadikan sebagai makanan kucing. Akan tetapi cebisan-cebisan tersebut lebih selesa dijadikan santapan buat tetamu yang akan berkunjung tiba pada hari tersebut adapun cebisan-cebisan itu telah bekurang dengan drastiknya ketika proses penyiatan itu berlaku. Tak boleh tahan. Aku lapo time tu.

"Tagged, your it"

Kata aku pada adik aku sambil menpuk bahu beliau menandakan kerja aku secara rela ataupun tidak telah berpindah milik kat dia. Walaupun rupaku tidak sehensem rumateku, akan tetapi aku juga berhak untuk kelihatan bersih dan bergaya. Selesai mandi aku bersiap-siap dan terus menhidupkan enjin moto. Asalnya plan kami untuk beraya dengan kereta, akan tetapi memandangkan masing-masing tidak mahu membakar duit raya yang tak seberapa itu, beraya dengan moto adalah pilihan yang bernas.

Plan kami yang dirancang sebulan sebelum itu nampaknya menjadi, dan berjalan dengan lancar sehinggalah tiba di salah sebuah rumah hamba Allah yang terletak agak jaoh dari jalan utama. Kawasan rumahnya dikelilingi pelbagai jenis hidupan liar yang dijinakkan. Bapanya merupakan seorang perniaga kambing yang termasyhur di kampungku mungkin. So, tidak hairanlah jika rumahnya dipenuhi kambing dari pelbagai jenis baka dan saiz.

Disambut mesra oleh tuan rumah merangkap rakan sekelas, kami menikmati menu utama dirumah beliau pada hari raya, iaitu sate kambing. Tapi aku rasa macam sate lembu je, ah persetankan semua itu, janji sate, peduli apa aku sate kambing ke lembu ke, jangan sate babi dah. Dalam kegembiraan menikmati juadah sambil mengutuk, aku terpandang sesuatu. Sesuatu yang mungkin akan menutup selera makanku, jika apa yang aku nampak adalah apa yang aku pikirkan.

"Oi geng, tengok ni" sahut ku sambil geng melihat apa yang aku mahu mereka lihat.

Is this what I thought it is?
Damn!

4 ugutan:

AL said...

wohoo itu memang sangat misteri
kelihatan seperti...
agak sukar nak di luah ngna kate2

orang-orang said...

nanti dia akan terluah sendiri...
cukuplah sebutir...

AL said...

aku taw aku taw
same macam Qin=Qout
kua bontot kambeng, masok mulot orang, kua balik ikot mulot atau bontot.

orang-orang said...

Qin = Qout..heh

AinVin = AoutVout

masok mulut orang balik lepas 2 kot...