Environmentalist

Posted by orang-orang On Monday, October 4, 2010 8 ugutan

Petang tu petang yang damai. Bertemankan tiupan angin serta cuaca yang redup, cahaya matahari yang seperti malu-malu dek diselubungi awan. Tatkala jam menunjukkan pukul 2 petang, aku terasa seperti sudah pukul 5, secara tidak langsung memberi semangat serta kekuatan kepada aku mengayuh basikal ke rumah tok guru yang terletak tidak jauh dari rumah aku.

Al-Quran yang sudah hampir aku khatam tu aku bawa dengan penuh cermat didalam beg GAPS. Beg yang sungguh popular ketika zaman tu. Sampai yang aku di situ didambut oleh senyuman manis oleh anak beliau, seorang yang aku amat rapat denganya.

"Woi lahanat, sampai pun kau..ingatkan da tido da" - sapanya sesudah memberi salam.

"sampai la,kau ingat aku ni malas sangat ke ha..heh"

Kebetulannya, time aku sampai tu ada lagi 3 orang budak baru sampai, memandangkan budak-budak ni adik-beradik so aku nak namakan dia A, B dan C. Diorang datang jalan kaki je sebab rumah diorang bukan jaoh mana pun. Time tu budak-budak yang mengaji sam dengan aku kebanyakkannya tak sampai lagi so aku pun sempat la kutuk-kutuk budak-budak yang ada.

"gemuk bodoh"
"botak"
"pendek"

Kadangkala kata-kata seperti ini sudah cukup membuatkan seorang budak menangis. Bagi aku pula, melihat budak menangis itu membawa 2 erti, kepuasan berganda menyakat orang dan juga balunan rotan tok guruku selepas itu. tapi, kesakitan akibat libasan pedang lightsaber tok guru tidak langsung terasa sakit dek kepuasan yang aku kecapi tadi. Memang tiada tolok bandingnya.

Hari tu, tiba-tiba adik beradik A, B dan C ni bergaduh, mungkin mahu berebut tempat tido agknya atau pun berebut sapa nak baca dulu. Dalam pergaduhan itu mereka bertekak dan kutuk-mengutuk secara terang-terangan serta tanpa hati perut. Segala jenis ayat carutan dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Oh ya, A menyokong B membantai C. Lebih kurang begitulah kronologinya. Dan juga, A dengan B ni lelaki, manakala adik mereka C, perempuan.

Klimaksnya apabila A dan B mengejek

"C suka makan jagung" - jerit A dan B berulang kali. Serentak dengan itu C menangis teresak-esak sambil menafikan hobinya itu.

Aik? Kena ejek makan jagung pun menangis? Ape kes? Aku bertanya kepada abang dia yang 2 ekor tu


"oi geng, camne kau buat adik kau tu nanges haa? dia tak suka ke makan jagung?" -aku bertanya dengan tulus.

"tak de lah, dia suka je, suka sangat sampai jagung yang ada kat taik dia time dia berak pun dia makan balik" - jawab A selamba.

"a'ah, aku dengan B intai hari tu, ajaib ah" - nasi tambah dari si B

Hari tu bacaan aku tidak berapa sempurna akibat menahan ketawa, jawapan tadi masih tergiang-giang ditelinga ku. tak pasal-pasal aku kena rotan lebih hari tu, bacaan banyak salah dan bunyi tak betul. Banyak air luir yang keluar dari suara.

8 ugutan:

- koroe - said...

kelas mengaji dan jagung..watdehell.tapi aku rase mcm best part jagung tu..mcm 1st law of thermodinamic..haha

orang-orang said...

ni jgund out dlu..bru jgung in..hehe

- koroe - said...

same izzit.

jagung in=jagung out
jagung out=jagung in

same juge kalo ade nilai..

12=2x
2x=12

ke gane..hehe

orang-orang said...

yup..tp ni out dlu...

Unknown said...

erkk..cam syial je budak2 tu membuli adiknye..
yg adiknye plak,ishh....
geli siak...!

orang-orang said...

penah buat ke haa? haha..

Patu said...

hebat! ade equation ter noda naimic..
bace bnde alah ni je bole lulus test kot

orang-orang said...

wow!

bagus lah, boleh la aku wat modul plk lepas ni...